Thursday, August 25, 2011

TaK SaLaH uNTuK SeDeKaHKaN SaTu SeNYuMaN

assalammualaikum..

hai korang ! aku dah selamat sampai kat umah.
hoooooooreeeeeyyyyyyyyy !
tapi kan sampai-sampai umah abang-abang aku iaitu abang wan dan abang rizal cakap,
kitaorang tunggu ko balik sebab nak suruh ko pasang langsir.
gggggrrrrrrrrrrrrr ~~~~
geram tol ! 
ingatkn rindu dengan adik perempuan dia yang comel ni. <---- ok, ni tipu jer.

okey, berbalik pada tajuk entry tu, kisahnya bermula apabila aku sampai di kota tinggi,
aku pun teros temankan mama shopping raya sebab abang wan dah malas sebab masa tu abang wan dah temankan mama beli barang-barang untuk abah, adik dan abang rizal.
jadi tinggal barang-barang aku je yang tak beli lagi.
mula-mula pergila kedai kasut sebab nak belikan sandal untuk abah dan aku :D
aku dah pilih sandal yang aku nak warna putihla kan.
sekali sandal tu de kotor mama pun cakapla nak tukar yang lain.
sekali 'minah' tu teros wat muka ketat. <--- silap-silap memang muka dia ketat jer dari mula aku dengan mama datang kedai tu.
geram aku tengok 'minah' tu,
muka macam minta penampar jer. dahla muka ko tu kurang manis ni ko masam-masam terus tawar aku nak tengok muka ko.

kejadian ke- 2, mama nak beli baju kurung yang dah siap. <-- aku pun dapat sekali. tu yang seronok ! :)
tapi kan, masuk je kedai tu terus aku terpandang 'minah' dengan muka yang amat berlagak.
layan mama macam nak taknak.
wei ! aku dengan mama datang nak bagi rezeki untuk ko, leh ko layan camtu.
kalo yang tadi muka macam minta penampar. yang ni muka nak minta makan kaki.
aku cepat-cepat pilih baju tak sanggup tengok muka 'minah' berlagak tu.

aku paham korang mesti penatkan dengan puasanya dengan nak layan karenah pelanggan korang tapi cuba maniskan muka korang tu sikit, ni tak sampai mama cakap kat aku 'nape muka diaorang masam sangat ?'
aku cuma mampu senyum :)
TAPI ! yang peliknya bila 'mamat' yang datang korang senyum pulak. <--- DISKRIMINASI tol !
okey ! lepas ni aku bawak abang rizal biar korang reti senyum sikit.

yang ni pulak aku nak cite masa mak aku belikan seluar dan baju untuk abang rizal kat kedai cina sebab abah memang dah biasa beli kat situ.
yang aku hairan bin pelik orang cina tu boleh je layan mama dengan baik senyum memanjang.

okey, entry ni bukan nak malukan siapa-siapa tapi customer always right. walaupun penat camna pun tolongla senyum sikit. aku dulu walaupun penat tolong abah jual buah kat pasar tani aku tetap senyum kat pelanggan-pelanggan abah walaupun masa tu aku dah serabai giler !


SENYUM ITU SATU SEDEKAH DAN MEMBUATKAN WAJAH ANDA KELIHATAN MANIS.
SENYUMAN ANDA AKAN MEMBUATKAN ORANG LAIN GEMBIRA.
*ni korang tak senyum tak hingin nak datang kedai korang lagi.


P/S : TAK LUAK MANA LA KALO KORANG SENYUM.

No comments:

Post a Comment