Friday, August 19, 2011

aKu ' SuKa ' LePaK KaT KoLeJ

assalammualaikum.

okey, pada entry kali ni aku nak cite ape yang berlaku sepanjang minggu ni.
minggu ni aku rasa letih sangat, yela dengan puasa nya, dengan panas teriknya.
kalo korang nak tau kat kuantan ni panas terik sangat.
walaupun aku paki baju kurung terasa bahangnya tau.

aku tak tau nape minggu ni aku gi kolej cam saje-saje je.
kalo kolej aku tu dekat dengan hostel takpe la jugak
bayangkan datang kolej, dok kat library, bace paper, gosip-gosip, dengar lagu.
nak study takde mood.

kelas pun cume sejam lebih jer. tapi kena dok lame giler kat kolej tu cam aku pekerja tetap je kat library tu.
dah la isnin kelas batal
selasa cume kelas audit dan bincang case study
kamis bincang case study jugak
jumaat patotnyer kelas audit tapi ramai yang tak datang pulak dan siapkan case study lagi.
dengan aku tunggu kawan-kawan aku sebab siapkan case study FAR 360.
tu belom lagi bila diaorang datang lambat
belom lagi yang tak datang langsung
wat keje cam tak wat keje.
peh !! memang hangin aku satu badan.
tapi aku sabo jela.
sebab aku jenis tak suka sound-sound orang kan.
jadi aku senyapkan jela.
seminggu ni menghadap case study yang belom siap-siap lagi !

* sesungguhnya bulan puasa ni banyak dugaan nya.


* tengok baca paper pun aku rasa nak tido.

p/s : aku tak sabar nak tunggu 30sept ni !.

Wednesday, August 17, 2011

RaHSia WaNiTa


1. apabila seorang wanita mengatakan bahawa dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air matanya, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.  apabila dia tidak meghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri masa untuk dia menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. wanita sukar hendak cari benda yang dia benci tentang orang yang dia paling sayang.
* sebab itu ramai perempuan yang patah hati apabila hubungan itu putus di tengah jalan .

4. sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa berada dalam fikiran dia walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. apabila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat !

6. wanita memang sukakan pujian tetapi selalu sahaja tidak tahu bagaimana hendak menerima pujian.

7. jika kamu tidak sukakan gadis yang suka akan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut dan jangan berkasar dengannya kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu apabila dia membuat keputusan, dia akan melakukan apa sahaja.

8. sekiranya seorang gadis itu mulai menjauhkan diri dari kamu selepas kamu menolak cintanya, biarkan ia untuk seketika. sekiranya kamu ingin menganggap dia seorang kawan, cubala tegur dia perlahan-lahan.

9. wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa melalui muzik, puisi, lukisan dan tulisan. ini kerana ia adalah cara termudah untuk mereka meluahkan isi hati mereka.

10. jangan sesekali memberitahu perempuan bahawa yang mereka ini langsung tidak berguna.

11. jangan bersikap terlalu serius kerana ini boleh mematikan mood wanita.

12. apabila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberi respon positif, contohnya menghubungi melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tidak acuh seolah-olah langsung tidak berminat. TETAPI sebaik sahaja ganggang diletakkan, dia akan menjerit keseronokkan dan tidak sampai sepuluh minit rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. sekuntum senyuman memberi seribu erti kepada wanita. jadi jangan senyum sebarangan walaupun senyuman itu satu sedekah.

14. jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah memulakan dengan persahabatan dahulu dan kemudian biarkan dia mengenali diri kamu dengan lebih mendalam.

15. jika seorang wanita memberikan seribu satu alasan setiap kali kamu mengajak keluar, tinggalkan dia kerana dia memang tidak berminat denganmu.

16. tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungi kamu atau menunggu panggilan dari kamu, teruskan usaha kamu untuk memikatnya.

17. jangan sesekali mengagak apa yang kamu rasakannya. cuba tanya dia sendiri.

18. selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akn sering tertanya-tanya mengapakah aku tidak jumpe lelaki ini lebih awal.

19. kalai kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh gadis itu adalah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya.

21. bekas teman lelaki akan selalu berada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat paling istimewa di dalam hatinya.

22. satu ucapan ' hai ' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23.  teman baiknya sahaja yang akan tahu apa yang dilaluinya dan apa yang dia rasa.

24. wanita paling benci apabila lelaki yang cuba baik-baik dengan mereka semata-mata hendak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat,  jujur dan bahagia tanpa kompromi.

26. semua wanita mahu seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

27. senjata wanita adalah airmata !

28. wanita suka apabila seseorang yang di sayangi mengadakan kejutan untuknya. mereka akan berasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai dengan telus hati. dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadap kamu.

29. wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.

30. sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan untuk dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


Monday, August 15, 2011

KeGeRaMaN DaN KeSaBaRaN Di BuLaN PuaSa

assalammualaikum..

korang-korang nak tanya ni. korang pernah buka dalam bas tak. mesti ada yang pernah kan. semalam aku naik bas dari kota tinggi pukul3.45petang. confirm2 la mesti buka dalam bas kan.aku tak kisah sangat buka dalam bas ni sebab mama dah bagi bekal nasi lemak dan lepat pisang.

ok, berbalik pada tajuk entry kat atas tu..naik2 bas lepas salam,cium mama, lambat2 mama aku teros tidur.yela penat puasa kan. hahaha ! sekali tengah sedap2 lelap ni tetiba ada seorang budak laki melayu dalam umur 3tahun camtu la..leh pulak dia terjerit-jerit cam orang ke histeria *ni lagi terok dari histeria.dahla suara nyaring giler ! tension aku masa tu. mak dia marah baru senyap. pastu aku tidur la balik, sekali seorang budak laki cina pulak menangis. korang tau jela kan kalau budak-budak nangis camne. grrrrr !! geram giler aku masa tu. memekak je. nasib baik aku puasa. sabar jela. lepas budak tu senyap aku pun berangan-berangan teros tertido balik. dah la aku susah nak tidur sebab bas tu buka aircon kuat aku masa tu cuma pakai baju lengan panjang dan cardign je. tapi aku tengok budak sebelah aku relax je tidur padahal dia pakai baju lengan panjang je. aku tertanya-tanya. tak sejuk ke dak ni ??? dengan punggung aku kebas lagi.. dengan tak leh nak sandar sangat sebab kerusi bas tu buruk.  nanti tercarik tudung aku..*nah terkena dok sandar sangat sekali tak perasan kerusi tu buruk abis tercarik giler tudung aku !.

*arrgghhh ! tension aku !.

dah lama-lama sikit baru keadaan tenang je, budak-budak tu tak wat bising. pastu dalam pukul7 bas pun berhenti jap sebab nak buka puasa kan. aku just buka dalam bas sebab malas nak turun. lama giler bas ni berhenti rehat nak kat sejam camtu la.tak pasal-pasal aku sampi hostel pukul9.30 biasa nya pukul8.30. SEJAM LEWAT !! tapi pe leh wat bukan aku yang bawak bas tu. SABAR JELA !


okey, lepas rehat sejam tu kan bas pun gerak balik. aku pun rasa mengantok, yela sebab baru pas makan. hahahaa ! sekali budak kecik cina dan melayu tu dah jadi geng pulak. yela duduk dekat-dekat. sekali diaorang leh pulak buat pesta kat dalam bas. bising gler. budak yang dok sebelah aku pandang dan cakap bising kan !. dah la masa ni aku tak bawak earfon. mak-mak diaorang boleh pulak buat bodoh jer. aku siap tenung budak-budak tu buat muka garang sikit tapi diaorang buat tak tau je. GERAM GILER !!

*camni la aku tenung budak-budak tu.

p/s : perhatian pada makcik-makcik yang membawa anak kecil di dalam bas, sila jaga tingkah laku anak-anak anda. bas itu bukan kepunyaan anda ! dan sila hormati penumpang-penumpang lain.

Saturday, August 13, 2011

cInTa, MiNaT, sAyAnG, sUkA...

kadang-kadang kita keliru dengan apa itu cinta? apa itu sayang? apa itu minat? apa itu suka? kita selalu cakap sayang kat pakwe or awek kita kan. tapi adakah kita cinta kat diaorang tu ? orang selalu cakap kalau dah cinta mestila sayang kan. kat sini aku nak kongsi dengan korang berbezaan cinta, sayang, minat, suka. korang baca dan fahami la.


CINTA - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


SAYANG - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

SUKA - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

MINAT - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…



Wednesday, August 3, 2011

RiNDu HaiKaL !!

assalammualaikum

firstly, selamat berpuasa untuk sume umat islam. kita patot bersyukur sebab masih berpeluang untuk menjalani ibadah puasa ni. Alhamdulillah !

ok, berbalik pada tajuk entry kat atas tu, tu bukan nama pakwe aku yang baru. de yang encik pakwe marah nanti. haikal tu sebenarnya sepupu encik pakwe. haikal ni abang pada danial ni. adik beradik comel. geram aku rasa.

nak dijadikan cite haikal tepon aku *sebenarnya encik pakwe yang tepon aku. dak kecik mana de phone sendiri. 
ini adalah perbualan antara aku dan haikal *terskema plak ayat !

Haikal : KAK AYU !!!!

CB : ye, haikal..

Haikal : kak ayu watpe ? puasa tak ?

CB : tengah cakap ngan haikal la. mestila kak ayu puasa. haikal puasa tak ?

Haikal : puasa ! tadi haikal makan burger tapi haikal muntah sebab tak sedap. *pelik tadi cakap puasa.

CB : la, haikal tu namanyer tak puasa la.

tetibe teros tukar topik !

Haikal : kak ayu bila nak datang umah ayah tam lagi ? *ayah tam tu ayah encik pakwe.

CB : abang min tak bagi kak ayu datang.

Haikal : haaaaa ! ayah tam tak bagi kak ayu datang ?

CB : bukanla, abang min tak bagi kak ayu datang !! *sound trouble la budak ni.

Haikal : oooooo ! abang min nape tak bagi kak ayu datang ? *ttibe je dia marah encik pakwe.

CB : haikal, nantila gaduh ngan abang min. cakap ngan kak ayu dulu.

Haikal : kak ayu puasa ? *rasanya dia dah tanya tadi. bape kali la engkau nak tanye ha !

CB : puasa la haikal.

Haikal : ha ! apa ?

CB : KAK AYU PUASA ! *aku dah jerit pun tak dengar lagi.

Haikal : ape enta kak ayu ni cakap. OK TATA !!!

ceh ! kurang asam punya budak tak sempat aku nak jawab balik dah letak. penat tol layan budak sorang ni.
eleh, kak ayu tau haikal suh datang sana sebab nak pau kak ayu robot transformer kan ! tau dah niat sebenar haikal sebab encik pakwe dah gitau aku dulu. hahaha !


okla haikal. kalo de masa kak ayu datang jumpa haikal. tapi jangan pau benda yang mahal-II plak. bankup karang kak ayu engkau ni !

tetiba teringat masa haikal baru pandai cakap bila tanya nama sape.. MUHAMMAD HAIKAL BIN MUHAMMAD AMIN <---- sejak bila engkau jadi anak encik pakwe ni. tapi sekarang dia sebut nama ayah dia plak.


* gaya gedik *


* iklan colgate *


apa yang haikal wat ngan danial tu ha ??

Monday, July 25, 2011

aKu TaK PaHaM La..

huhuhu, aku tak paham tolla.
nape nak mencuri ni ?
dah tak mampu nak beli ke ?
kalo nak mencuri jangan la amik barang-II aku.
dah la aku sayang bangat.
dulu t-shirt-II, suar track aku hilang kena rembat
siap ngan deodarant sekali ko rembat
nasib baik aku tak guna lagi.
SEKARANG 
ni pun barang-II aku hilang lagi
baru je cuti seminggu.
aku dah hilang sandal yg aku sayang.
dahla aku beli sandal tu bila de sale.
hahahaha ! *punye kdekot aku.
bukan pe mase tu takde baget.
deodarant pun hilang.
dahla baru beli
waaaaaaaaaa !
kawan-II aku pun de hilang barang.
t-shirt
kapas muka *tak bleh blah langsung
aku la yg paling kcian hilang sandal
dahla sandal bawak g kelas
hampeh tol !
takpe-II nnnt kt kolej aku tengok sape yg pkai sandal aku tu
yela, aku sorang je yg pkai sandal tu kt kolej. *bangga jp :)
takpe la, aku redha je ngan kehilangan barang-II aku tu

aku doakan orang yg mencuri barang-II aku ngan kawan-II dapat hidayah !
bukan hidayah orang ye.
hidayah dari Allah S.W.T..

Saturday, July 23, 2011

MaMee MoNSTeR


ade kisah di sebalik iklan mamee monster ni. masa tu anak buah aku danial beli jajan mamee ni la kan.
pstu aku pun dok nyanyi la lagu mamee monster tu.

CB : renyuk, kocok, makan... renyuk, kocok, makan.. *ngan yakinnyer aku nyanyi.

Danial : Cik Ayu, cik ayu salah nyanyi la. !

CB : mane de, btolla..*thap keyakinan aku tinggi masa ni.

Danial : salah la !! kan renyuk, goncang, makan.

CB : yeke ?? danial yang salah ni. cik ayu selalu dengar kat tv camtu.

Danial : hish ! cik ayu ni.. kita selalu dengar renyuk, goncang, makan la. !

CB : woooo !! relax-II, jgan marah.. nnt kita tengok iklannyer balik ea.. *malas nak gaduh ngn budak drjah3.

Danial : ok-II, kalo cik ayu kalah kena bagi kita duit. *budak-II sekarang mata duitan tol.


cis ! sekali memang aku yang salah. tak pasal-II kena bg anak buah aku tu rm2. wlaupun rm2 ia ttap berharga bg aku. hahaha !



ni la anak buah yang aku baru de sekarang 

DANIAL ISKANDAR BIN ROSZAIDY 

nampak je kecik tapi dah darjah3 tau.
*dahla kau selalu pau duit cik ayu ko ni. pstu main bet-II ngan aku plak. melayang duit aku :(

P/S : LAIN KALI JANGAN OVER CONFIDENT YE :)