1. apabila seorang wanita mengatakan bahawa dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan air matanya, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. apabila dia tidak meghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri masa untuk dia menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. wanita sukar hendak cari benda yang dia benci tentang orang yang dia paling sayang.
* sebab itu ramai perempuan yang patah hati apabila hubungan itu putus di tengah jalan .
4. sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa berada dalam fikiran dia walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. apabila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat !
6. wanita memang sukakan pujian tetapi selalu sahaja tidak tahu bagaimana hendak menerima pujian.
7. jika kamu tidak sukakan gadis yang suka akan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut dan jangan berkasar dengannya kerana ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu apabila dia membuat keputusan, dia akan melakukan apa sahaja.
8. sekiranya seorang gadis itu mulai menjauhkan diri dari kamu selepas kamu menolak cintanya, biarkan ia untuk seketika. sekiranya kamu ingin menganggap dia seorang kawan, cubala tegur dia perlahan-lahan.
9. wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa melalui muzik, puisi, lukisan dan tulisan. ini kerana ia adalah cara termudah untuk mereka meluahkan isi hati mereka.
10. jangan sesekali memberitahu perempuan bahawa yang mereka ini langsung tidak berguna.
11. jangan bersikap terlalu serius kerana ini boleh mematikan mood wanita.
12. apabila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberi respon positif, contohnya menghubungi melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tidak acuh seolah-olah langsung tidak berminat. TETAPI sebaik sahaja ganggang diletakkan, dia akan menjerit keseronokkan dan tidak sampai sepuluh minit rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. sekuntum senyuman memberi seribu erti kepada wanita. jadi jangan senyum sebarangan walaupun senyuman itu satu sedekah.
14. jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah memulakan dengan persahabatan dahulu dan kemudian biarkan dia mengenali diri kamu dengan lebih mendalam.
15. jika seorang wanita memberikan seribu satu alasan setiap kali kamu mengajak keluar, tinggalkan dia kerana dia memang tidak berminat denganmu.
16. tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungi kamu atau menunggu panggilan dari kamu, teruskan usaha kamu untuk memikatnya.
17. jangan sesekali mengagak apa yang kamu rasakannya. cuba tanya dia sendiri.
18. selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akn sering tertanya-tanya mengapakah aku tidak jumpe lelaki ini lebih awal.
19. kalai kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat seorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh gadis itu adalah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya.
21. bekas teman lelaki akan selalu berada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat paling istimewa di dalam hatinya.
22. satu ucapan ' hai ' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. teman baiknya sahaja yang akan tahu apa yang dilaluinya dan apa yang dia rasa.
24. wanita paling benci apabila lelaki yang cuba baik-baik dengan mereka semata-mata hendak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan bahagia tanpa kompromi.
26. semua wanita mahu seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.
27. senjata wanita adalah airmata !
28. wanita suka apabila seseorang yang di sayangi mengadakan kejutan untuknya. mereka akan berasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai dengan telus hati. dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadap kamu.
29. wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.
30. sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan untuk dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.