assalammualaikum..
korang-korang nak tanya ni. korang pernah buka dalam bas tak. mesti ada yang pernah kan. semalam aku naik bas dari kota tinggi pukul3.45petang. confirm2 la mesti buka dalam bas kan.aku tak kisah sangat buka dalam bas ni sebab mama dah bagi bekal nasi lemak dan lepat pisang.
ok, berbalik pada tajuk entry kat atas tu..naik2 bas lepas salam,cium mama, lambat2 mama aku teros tidur.yela penat puasa kan. hahaha ! sekali tengah sedap2 lelap ni tetiba ada seorang budak laki melayu dalam umur 3tahun camtu la..leh pulak dia terjerit-jerit cam orang ke histeria *ni lagi terok dari histeria.dahla suara nyaring giler ! tension aku masa tu. mak dia marah baru senyap. pastu aku tidur la balik, sekali seorang budak laki cina pulak menangis. korang tau jela kan kalau budak-budak nangis camne. grrrrr !! geram giler aku masa tu. memekak je. nasib baik aku puasa. sabar jela. lepas budak tu senyap aku pun berangan-berangan teros tertido balik. dah la aku susah nak tidur sebab bas tu buka aircon kuat aku masa tu cuma pakai baju lengan panjang dan cardign je. tapi aku tengok budak sebelah aku relax je tidur padahal dia pakai baju lengan panjang je. aku tertanya-tanya. tak sejuk ke dak ni ??? dengan punggung aku kebas lagi.. dengan tak leh nak sandar sangat sebab kerusi bas tu buruk. nanti tercarik tudung aku..*nah terkena dok sandar sangat sekali tak perasan kerusi tu buruk abis tercarik giler tudung aku !.
*arrgghhh ! tension aku !.
dah lama-lama sikit baru keadaan tenang je, budak-budak tu tak wat bising. pastu dalam pukul7 bas pun berhenti jap sebab nak buka puasa kan. aku just buka dalam bas sebab malas nak turun. lama giler bas ni berhenti rehat nak kat sejam camtu la.tak pasal-pasal aku sampi hostel pukul9.30 biasa nya pukul8.30. SEJAM LEWAT !! tapi pe leh wat bukan aku yang bawak bas tu. SABAR JELA !
okey, lepas rehat sejam tu kan bas pun gerak balik. aku pun rasa mengantok, yela sebab baru pas makan. hahahaa ! sekali budak kecik cina dan melayu tu dah jadi geng pulak. yela duduk dekat-dekat. sekali diaorang leh pulak buat pesta kat dalam bas. bising gler. budak yang dok sebelah aku pandang dan cakap bising kan !. dah la masa ni aku tak bawak earfon. mak-mak diaorang boleh pulak buat bodoh jer. aku siap tenung budak-budak tu buat muka garang sikit tapi diaorang buat tak tau je. GERAM GILER !!
*camni la aku tenung budak-budak tu.
p/s : perhatian pada makcik-makcik yang membawa anak kecil di dalam bas, sila jaga tingkah laku anak-anak anda. bas itu bukan kepunyaan anda ! dan sila hormati penumpang-penumpang lain.
No comments:
Post a Comment