Tuesday, November 15, 2011

SeLaMaT HaRi LaHiR !

happy birthday ecards Happy Birthday Ecards Collection

entry ni mungkin lambat sehari.
14 november 2011 
adalah hari lahir arang yang ke 22 !!
eh !, silap-silap. encik pakwe. sekarang aku panggil encik pakwe arang sebab dia panggil aku belon !
tua dah encik pakwe.
hari jadi encik pakwe tahun ni tak dapat aku nak sambut sebab aku kerja.
huhuhu !
tapi tak pela nanti encik pakwe nak datang bandar tenggara jadi lehla sambut.
nak belikan hadiah dan nak poskan pun aku tak de masa. 
sibuk kerja, padahal kerja kilang jer.
encik pakwe pun tak kisah kalau tak dapat hadiah.
jadi takyah bagi la kan..kan..kan..

masa hari jadi encik pakwe masa itu la dia kena demam terukk !
siap kena masuk air, kena inject..
biasa la encik pakwe tu sebulan 3,4 kali demam.
ni pun tak baik lagi. makin teruk adalah.
aku telefon larat tak larat je nak cakap.

Muhammad Amin bin Zulkifli,

selamat hari lahir yang ke 22 !
semoga panjang umur
murah rezeki
ditetapkan iman
jadi anak yang soleh
semoga cepat sembuh
dannn
semoga hubungan kita berkekalan.
saya sayang awak !!

 cuma ini jela yang leh aku bagi untuk encik pakwe buat semantara waktu sebab tak de masa nak belikan hadiah

Wednesday, October 5, 2011

KaSuT YaNG PeLiK

bosan nyer ! tak tahu nak buat apa yaw ! hahahaha.
di sebabkan aku bosan aku pun google la gambar yang pelik-pelik.
jadi aku terjumpala kasut-kasut yang agak pelik.
















rasa-rasa korang nak pakai tak ?

P/S : KALAU AKU MUSTAHIL SANGAT-SANGAT AKU NAK PAKAI, LAGI-LAGI HEELS MEMANG TAK NAH AKU PAKAI.














aKu DaN LaGu #1

assalammualaikum..

dah lama aku tak update blog aku ni kan2.
di sebabkan aku dah terminum nescafe jadi aku dah tak leh tidur
jadi aku cari la lagu yang agak-agak jiwang. :) <--bape banyak jadi la kan.
tetiba aku jumpa lagu ni. dah lama aku cari sebab sebelum ni aku dengar kat radio jer
jadi korang layan dan dengarla. :)


P/S : LAGU NI KHAS UNTUK ENCIK PAKWE
P/SS : TAM AGAK HENSEM DI SITU. CAIR AKU. HAHAHAHA !

Thursday, September 22, 2011

oH ! GuLa-GuLa.

Assalammualaikum..

arini aku nak kembali kan memori pasal gula-gula masa zaman aku dan korang kecik.


 aku panggil gula-gula susu


 gula-gula udang. sebab de lambang udang. dulu aku suka gula-gula ni sebab plastik dia boleh makan. aku siap buka elok-elok sebab tak nak bagi plastik tu koyak.



 aku lupa la gula-gula apa ni. tapi sedap jugak. liat-liat cam nak patah gigi.


gula-gula asam bulat-bulat. aku pun tak pasti namanya apa. sebab aku main makan jer. rasa masam-masam manis kan-kan


gula-gula getah petak warna merah. buka-buka pembalut ada gambar tatoo boleh terus apply kat tangan. tapi kena letak air sikit kan-kan kalau aku tak silap la. gula-gula susu @ gula-gula lembu. gula-gula tu bentuk 'love'. sweet jer rasa. gula-gula macam MnM nombor 8. aku suka giler gula-gula tu.
gula-gula getah bentuk bulat. yang biasenyer 1 platik de 3biji.
haish ! terimbau kenangan lama. rasanya sekarang dah susah nak cari gula-gula camtu kan. kalau ada pun rasanya macam dah lain jer.

okey, tu jela TATA !



aNTiNG-aNTiNG YaNG uNiK DaN PeLIK.

assalammualaikum..

okey, kali ni aku nak tunjukkan gambar anting-anting yang unik dan pelik.
semua gambar-gambar kat bawah ni ihsan dari google.


* sudu dan garfu


* disket


* lego


* telefon bimbit


* scrabble


* space


* earphone


*superman


* tong sampah


* keju


* telur


* pizza


* burger


*end home


* jari



* dua gambar kat atas ni aku tak tau bentuk ape.

P/S : RASA-RASA KORANG NAK PAKAI TAK ANTING-ANTING CAMNI ?




Sunday, September 11, 2011

KuRuSKaN BaDaN !

entry kali ni aku cite pasal satu-satunya adik aku. dulu adik aku memang gemok. berat dah nak dekat 100kg ataupun dah lebih 100kg. aku pun dah tak ingat.


* tadaaaaaaa ! ni la adik aku dulu. gemok kan2.

tapi sekarang

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
ni la adik aku yang kurus. hahahaha !


*ni tak bape nampak badan.


*nampak kuruskan.

untuk pengetahuan korang sekarang ni berat adik aku dalam 70kg camtula.
dah sama ngan abg rizal aku. saiz baju dyorg pun dah sama. hahaha !
dulu adik pakai baju saiz XL or XXL skrg dah L beb !.

korang nak tau tak camne adik aku kuruskan badan.

1st :
adik selalu sapu losyen mustajab kat perot dia tiap-tiap ari sebelum tidur. kadang-kadang dia sapu tu sampai tertido.


*ala, yang nora danish guna tu.

2nd :
kawal pemakanan anda. adik ni memang berazam nak kurus jadi dia kawal la pemakanan dia.
adik selalu makan nasi sikit tapi lebihkan lauk dan sayur. kadang-kadang tu dia tak makan nasi cuma makan roti yang ada serat tu (aku tak suka roti tu sebab tak sedap ) dan makan oat campur susu.


okey, tu jela petua yang aku tau dari adik aku. tanpa makan ubat-ubat kat pasaran adik aku leh kurus dengan  hanya menyapu losyen mustajab dan mendisplinkan diri untuk kurus. tapi sejak adik kerja makin nampak kurusnya sebab dia cakap penat kerja. sekarang adik makan banyak mana pun tetap gitu je badannyer. kurus jer.
anda percaya atau tidak ?
PERCAYALAH . hahahaha !

p/s : aku pernah cuba nak diet cam adik aku tu. tapi bila tang makan tu aku tak sanggup. mama masak sedap sangat. jadi aku memang tak boleh nak diet.

p/ss : abah cakap kalau nak kurus kena pasang niat nak kurus betol-betol. kalau tak memang susahla nak kurus.

Thursday, September 8, 2011

BaTMaNNiNG ! KeGiLaaN BaRu Di iNTeRNeT.

Assalammualaikum..

blog aku ni dah bersarang sebab dah lama tak update. ok, arini aku nak share ngan korang artikel pasal  batmanning yang dah jadi trend kat luar negara tu. 

semakin ramai individu memuat naik gambar mereka di lama rangkaian sosial di Internet dengan melakukan aksi bergantung secara terbalik dan hanya bertahan sebelah kaki di pintu, besi, pagar, belebas tingkap atau apa saja seperti kelawar. 
Ia dipanggil gantungan kelawar (batmanning). Aksi tersebut kini lebih popular di Internet berbanding trend berbaring secara meniarap (planking). 
Banyak laman web memaparkan gambar-gambar yang menunjukkan sejumlah orang berlatih dengan melakukan aksi kelawar itudi rumah dan di beberapa lokasi lain seperti tempat letak kereta. Tapi aksi tersebut menerima beberapa kritikan negatif daripada para pengguna Internet yang menyifatkannya sebagai satu yang berbahaya.
 Ini kerana sebelum ini seorang individu maut akibat terjatuh dari balkoni sebuah bangunan di Australia kerana melakukan aksi planking. Jadi versi terbaru ini turut dikecam kerana ia lebih berbahaya.

Aksi-aksi BATMANNING :




* baik-baik jadi manusia nak jadi kelawar plak kan. memang dah takde keje la tu.

Aksi-aksi PLANKING :

* kalau nak bunuh diri pun janganla sampai camtu sekali.

Aksi PLANKING & BATMANNING :


P/S : ORANG TAK SAYANG NYAWA MEMANG CAMTU KOT.

Monday, August 29, 2011

YeaYYYY !! eSoK RaYa.

assalammualaikum.

dikesempatan ini aku nak  mengucapkan selamat hari raya dan aku minta maaf kalo ade yang terasa hati dengan aku. terutama yang mengenali diri aku ni. yela, kita manusia sentiasa melalukan kesalahan.



okey,aku rasa sapa-sapa yang lepas tengok pengumuman raya teros meloncat kegembiraan kan2, yela raya sapa yang tak seronok kan.


TAPI, raya-raya juga KEMERDEKAAN NEGARA kita yang ke 54 jangan dilupakan. ni pikir pasal raya, merdeka langsung angpa tak ingat.
cuba korang tengok bape ramai yang kibarkan jalur gemilang.
nasib baik umah aku pasang bendera. hahahaha !


* bagus iklan ni. merangkumi untuk  raya dan merdeka.

okey, yang balik kampung sila la berhati-hati di jalan raya. kalo penat berehatla dulu. PANDU CERMAT JIWA SELAMAT ! :)

bagi budak-budak dan remaja jangan main mercun, kalo korang taknak raya mainla mercun ok !.


*kalo nak main mercun sangat main mercun bawang @ mercun pop-pop ea.


Thursday, August 25, 2011

TaK SaLaH uNTuK SeDeKaHKaN SaTu SeNYuMaN

assalammualaikum..

hai korang ! aku dah selamat sampai kat umah.
hoooooooreeeeeyyyyyyyyy !
tapi kan sampai-sampai umah abang-abang aku iaitu abang wan dan abang rizal cakap,
kitaorang tunggu ko balik sebab nak suruh ko pasang langsir.
gggggrrrrrrrrrrrrr ~~~~
geram tol ! 
ingatkn rindu dengan adik perempuan dia yang comel ni. <---- ok, ni tipu jer.

okey, berbalik pada tajuk entry tu, kisahnya bermula apabila aku sampai di kota tinggi,
aku pun teros temankan mama shopping raya sebab abang wan dah malas sebab masa tu abang wan dah temankan mama beli barang-barang untuk abah, adik dan abang rizal.
jadi tinggal barang-barang aku je yang tak beli lagi.
mula-mula pergila kedai kasut sebab nak belikan sandal untuk abah dan aku :D
aku dah pilih sandal yang aku nak warna putihla kan.
sekali sandal tu de kotor mama pun cakapla nak tukar yang lain.
sekali 'minah' tu teros wat muka ketat. <--- silap-silap memang muka dia ketat jer dari mula aku dengan mama datang kedai tu.
geram aku tengok 'minah' tu,
muka macam minta penampar jer. dahla muka ko tu kurang manis ni ko masam-masam terus tawar aku nak tengok muka ko.

kejadian ke- 2, mama nak beli baju kurung yang dah siap. <-- aku pun dapat sekali. tu yang seronok ! :)
tapi kan, masuk je kedai tu terus aku terpandang 'minah' dengan muka yang amat berlagak.
layan mama macam nak taknak.
wei ! aku dengan mama datang nak bagi rezeki untuk ko, leh ko layan camtu.
kalo yang tadi muka macam minta penampar. yang ni muka nak minta makan kaki.
aku cepat-cepat pilih baju tak sanggup tengok muka 'minah' berlagak tu.

aku paham korang mesti penatkan dengan puasanya dengan nak layan karenah pelanggan korang tapi cuba maniskan muka korang tu sikit, ni tak sampai mama cakap kat aku 'nape muka diaorang masam sangat ?'
aku cuma mampu senyum :)
TAPI ! yang peliknya bila 'mamat' yang datang korang senyum pulak. <--- DISKRIMINASI tol !
okey ! lepas ni aku bawak abang rizal biar korang reti senyum sikit.

yang ni pulak aku nak cite masa mak aku belikan seluar dan baju untuk abang rizal kat kedai cina sebab abah memang dah biasa beli kat situ.
yang aku hairan bin pelik orang cina tu boleh je layan mama dengan baik senyum memanjang.

okey, entry ni bukan nak malukan siapa-siapa tapi customer always right. walaupun penat camna pun tolongla senyum sikit. aku dulu walaupun penat tolong abah jual buah kat pasar tani aku tetap senyum kat pelanggan-pelanggan abah walaupun masa tu aku dah serabai giler !


SENYUM ITU SATU SEDEKAH DAN MEMBUATKAN WAJAH ANDA KELIHATAN MANIS.
SENYUMAN ANDA AKAN MEMBUATKAN ORANG LAIN GEMBIRA.
*ni korang tak senyum tak hingin nak datang kedai korang lagi.


P/S : TAK LUAK MANA LA KALO KORANG SENYUM.