Sekarang nie kan sume orang tau musim panas kan..kadang-kadang je kan hujan.
Tadi tengah bosan giler kat umah saya terbaca la artikel nie..pasal cuaca panas dan nasihat pada orang ramai.
Kalau korang nak tau cuaca panas nie boleh beri tekanan fizikal pada tubuh badan kita.
Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.
Semua orang kat dunia nie tak kisah la kat mana-mana asalkan masa tu memang cuaca panas berisiko menjadi mangsa cuaca panas.
Tapi kan ada kumpulan yang lebih berisiko iaitu :
- mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh,peladang,ahli sukan, polis dan lain-lain lagi
- orang dewasa (berumur 40tahun keatas mempunyai risiko 10kali ganda berbanding mereka yang lebih muda)
- kanak-kanak beumur 5tahun ke bawah
- penghidap penyakit sistem pernafasan
- penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan kelenjar tiroid
- risiko boleh bertambah kalau mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang boleh menghalang haba keluar dari penyejatan ataupn pengeringan peluh.
Sakit kepala, keletihan, lemah tumpuan, pening, lemah otot-otot atau kekejangan, mual atau muntah dan dehidrasi, kekeliruan dan tidak sedarkan diri adalah antara gejala cuaca panas yang melampau.
Untuk mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau :
- minum air kosong dengan jumlah yang banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang kita buat tapi jangan tunggu dahaga baru nak minum.
- minum minuman isotonik kerana boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
- hadkan aktiviti luar.
- kerap berehat
- mandi atau gunakan kipas angin untul menyejukkan badan
- pakai pakaian yang ringan,berwarna terang dan longgar.
Minum minuman yang mengandungi kafein,alkohol atau kandungan gula yang tinggi dan bersenam dalam cuaca panas adalah perkara yang patut di elakkan.
Nie la sedikit sebanyak info yang saya boleh kongsi. Harap-harap ia boleh bagi manfaat pada korang sume..:)